SATU CONNECT ID
UNTUK KESEMUANYA.

Connect ID ialah SATU log masuk untuk mengakses kesemua aplikasi dan kemudahan Digi.

Ia boleh mengakses:

APAKAH CARA PENYEDIAANNYA?

MyDigi

Dulu dikenali dengan OCS, MyDigi ialah nama baru untuk portal dan aplikasi ini dan ia membolehkan anda untuk mengurus perihal akaun Digi anda.

Ubah, dan uruskan semua akaun yang anda ada dengan kami.

Lihat baki yang ada, termasuk berapa banyak data yang tertinggal pada sekali imbas.

Ketahui jumlah yang anda perlu bayar dan buat pembayaran dengan sekali tekan.

Beli isi semula Internet dan penambahan kemudahan yang lain supaya anda boleh berjimat.

SAKSIKAN BAGAIMANA MYDIGI BERFUNGSI

Community

Community adalah forum Digi yang membolehkan anda lepak, kongsi dan bincang semua tentang Digi atau hal-hal yang lain. Sinilah tempatnya untuk mendapatkan petua, maklumat atau jalan penyelesaian yang berfaedah dan menyeronokan.
Berhubung dengan ahli-ahli lain &
beri komen pada topik-topik yang anda
minat
Tanyakan soalan
Nikmati akses PERCUMA untuk
bersiar-siar atau cari
jawapan untuk pertanyaan anda
Cara menggunakan Community
Langkah 1: Sediakan Connect ID anda.
Langkah 2: Gunakan Community
Portal Web Community
Lihatlah Community dan mula
buat kawan yang lebih ramai sekarang
Muat turun Capture sekarang dan dapatkan ruang penyimpanan 30GB anda dengan PERCUMA!

Soalan Sering Ditanya

Connect ID

1. Connect ID itu apa?

Connect ID ialah kemudahan log masuk Telenor Digital yang digunakan pada semua perkhidmatan yang disediakan oleh Telenor Digital.

2. Apa patut saya buat kalau saya tidak boleh log masuk?

Jika cubaan log masuk anda tidak berjaya, sila set semula kata laluan anda. Kalau ini tidak berjaya, sila hubungi nombor Khidmat Pelanggan kami.

3. Apakah maksud kod verifikasi dan kenapa saya perlukannya?

Kod verifikasi ialah kod PIN guna sekali yang anda terima melalui SMS semasa pendaftaran dan semasa anda log masuk 30 hari selepas anda mendaftar (hanya ketika kata laluan belum diset oleh anda). Kod ini digunakan untuk menjadi verifikasi nombor telefon anda.

4. Bagaimana cara untuk set semua kata laluan saya?

Jika anda ingin set semula kata laluan anda, sila layari https://api.comoyo.com/gui/connect/login, emasukkan alamat emel anda dan klik “Lupa Kata Laluan?” dibawah ruang kosong kata laluan. Emel akan dihantar ke alamat emel yang diberi bersama dengan arahan cara untuk mendaftar kata laluan baru.
Anda juga boleh klik “Phone login” dan masukkan nombor telefon bimbit anda. Arahan cara pula akan dihantar ke alamat emel berkaitan dengan alamat emel anda.
Anda juga boleh lakukan ini melalui skrin log masuk pada alat aplikasi iOS dan Android anda, dan juga pada aplikasi Windows dan Mac anda.

5. Bagaimana jika ada mesej ralat “Lupa Kata Laluan?” Apa yang patut saya dilakukan?

Bila anda daftar, anda harus masukkan nombor telefon dan alamat emel anda. Anda akan menerima kod PIN guna sekali dari kami melalui SMS. Anda harus masukkan kod PIN guna sekali ini bagi verifikasi nombor telefon anda. Selepas verifikasi kod PIN guna sekali ini, anda akan dilog masuk ke Connect ID dan dapat menikmati kemudahan disediakan olej Telenor Digital.

Dalam masa yang sama anda akan menerima emel dari kami dengan sambungan verifikasi yang anda perlu klik untuk dapatkan verifikasi alamat emel dan untuk mencipta kata laluan anda. Kalau anda log keluar dan cuba untuk log masuk tanpa terlebih dulu membuat verifikasi emel dan kata laluan anda, anda akan diberi mesej ralat bila meminta kata laluan baharu. Cuba cari mesej emel verifikasi didalam inbox atau folder spam bagi menyelesaikan masalah pendaftaran anda. Jika tidak jumpa, hubungi khidmat pelanggan kami dan kami akan berikan sambungan verifikasi yang baharu.

6. Bagaimana jika ada mesej ralat apabila saya daftar masuk? Apa yang patut saya lakukan?"

Adakah mesej ini timbul bila anda berdaftar?
"Maaf, kami tidak dapat mencipta pengguna dengan kombinasi nombor telefon bimbit/emel ini. Tekan OK untuk membaca cara untuk menyelesaikan masalah ini, atau tekan Cancel untuk mencuba semula dengan emel yang lain."
Mesej ini akan dipaparkan jika sudah ada akaun berdaftar dengan nombor anda, tapi dengan alamat emel yang lain terkait pada pendaftaran itu atau sebaliknya. Cubalah cara-cara pilihan dibawah ini untuk penyelesaian:
(i) Cuba set semula kata laluan anda dengan mengklik "Lupa Kata Laluan?" dalam aplikasi/program di halaman log masuk. Anda akan menerima emel dengan arahan yang menunjukkan cara bagaimana untuk set semula kata laluan anda.
(ii) Hubungi bantuan pelanggan. Sertakan nombor telefon anda dan apa-apa alamat emel yang mungkin sudah anda daftar supaya kami dapat mencarinya dalam sistem kami dan membantu anda menyelesaikan pendaftaran anda
Enter an email address that you use frequently. The address should be in this format: username@youremail.com
Please enter your principal mobile number. Your principal mobile number must be at least 10 characters long. Your principal mobile number must be in this format: 01XXXXXXXXX