MUSIC FREEDOM

Strim muzik dengan Spotify, Apple Music dan banyak lagi, tanpa caj Internet.

MUZIK ANDA, CARA ANDA

Nikmati muzik kegemaran anda, dengan cara tersendiri, bila anda mahukan. Kerana muzik adalah citarasa individu.

Dengan Digi Music Freedom, anda bebas strim muzik dengan aplikasi kesukaan anda, setiap masa tanpa caj Internet. Juga dapatkan kandungan eksklusif dan menangi hadiah-hadiah menarik.

Kebebasan sepenuhnya untuk pengalaman muzik anda.

Loading...

JUMLAH JAM MUZIK DISTRIM

0 Caj Internet

CARA MENDAPATKAN MUSIC FREEDOM

Digi Music Freedom adalah PERCUMA jika anda melanggan Digi Prepaid LiVE, Digi Postpaid 98 and Digi Postpaid 148.

Langgani sekarang

Anda menggunakan Pelan lain?

Dapatkan percubaan PERCUMA selama 120 hari.

KLIK DI SINI DAN PILIH "INTERNET TOP-UP" UNTUK MEMBUAT PILIHAN.

KLIK "SUBSCRIBE" UNTUK MELANGGAN MUSIC FREEDOM.

PILIH "COMPLETE ORDER".

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengaktifkan Music Freedom dengan menghantar SMS DMF ke 20000.

Dapatkan lebih lagi dengan aplikasi Digi Music Freedom.

Muat turun sekarang

iOS Android app on Google Play
  • Aktifkan Pas Music Freedom anda
  • Jejaki penggunaan data (percuma) anda
  • Tonton wawancara artis dan video muzik eksklusif
  • Dapatkan tiket ke acara eksklusif
  • Menangi hadiah-hadiah menarik

TERBAIK DARIPADA YANG TERBAIK

Music Freedom hanya menyokong yang terbaik sahaja. Cubalah rangkaian aplikasi muzik ini sekarang!

Terkini di Music Freedom

Rangkaian aplikasi muzik

TEROKAI DUNIA MUZIK ANDA.

#DigiMusicFreedom

Nikmati video eksklusif, promosi dan banyak lagi. Jom sertai kami!

Notes

Terma dan Syarat Perkhidmatan Muzik:
 
  1. Mulai 25 Feb 2015, Digi akan menawarkan pelanggannya perkhidmatan “Digi Music Freedom” ( "Perkhidmatan Muzik"). Perkhidmatan Muzik ini membolehkan para pelanggannya untuk menggunakan perkhidmatan muzik yang dipilih ("Rangkaian Perkhidmatan") tanpa caj Internet. Tanpa caj Internet hanya boleh digunakan untuk kandungan muzik dalam Rangkaian Perkhidmatan sahaja dan adalah tidak terpakai untuk kandungan bukan muzik seperti “podcast”, “talkshows”, iklan, termasuk tetapi tidak terhad kepada iklan berbentuk audio dan “banner”. Sebagai mengelak dari keraguan, pelanggan adalah merujuk kepada pengguna Digi prabayar (“prepaid”) dan/atau pengguna Digi pasca bayar (“postpaid”) dengan pelan Internet yang aktif.
  2. Bermula dari 1 April 2016, para pelanggan pelan Digi Postpaid terpilih akan menikmati Perkhidmatan Muzik secara percuma sekiranya masih melanggan pelan tersebut. Senarai pelan terpilih terdapat di www.musicfreedom.com.
  3. Para pelanggan pelan Digi yang lain yang melanggan Perkhidmatan Muzik dari 1 April 2016 hingga diberitahu kelak ("Tempoh Langganan"), secara automatik, akan menikmati langganan percuma untuk satu ratus dua puluh (120) hari Perkhidmatan Muzik ("Tempoh Percubaan Percuma"). Sekiranya, Tempoh Percubaan Percuma berakhir pada atau sebelum akhir Tempoh Langganan, pelanggan adalah layak untuk melanggan kepada Perkhidmatan Muzik sekali lagi di dalam Tempoh Langganan untuk menikmati 120 hari lagi Perkhidmatan Muzik percuma. Pada akhir Tempoh Percubaan Percuma, pelanggan boleh memilih untuk langganan Perkhidmatan Muzik berbayar pada setiap bulan pada kadar bayaran yang ditetapkan oleh Digi. Sebagai mengelak dari keraguan, pelanggan Digi yang lain adalah merujuk kepada pengguna Digi pasca bayar (“postpaid”) dengan pelan Internet yang aktif selain dari pelan Digi pasca bayar (“postpaid”) yang tersebut di nota 2, dan juga pelanggan Digi prabayar (“prepaid”) dengan pelan Internet yang aktif.
  4. Pelanggan akan diperlukan untuk memuat turun aplikasi Digi Music Freedom sebelum boleh menggunakan Perkhidmatan Muzik dengan sepenuhnya. Untuk muat turun aplikasi Digi Music Freedom dan Perkhidmatan Rangkaian daripada Google Play Store atau App Store, caj Internet akan dikenakan. Pelanggan adalah dinasihatkan bahawa caj perantauan (“roaming charges”) adalah dikenakan bagi penggunaan Perkhidmatan Muzik melalui perkhidmatan perantauan (“roaming charges”).
  5. Digi tidak menjamin untuk kebolehgunaan atau kualiti Perkhidmatan Muzik dan/atau Perkhidmatan Rangkaian.
  6. Digi tidak menjamin tempoh masa, ketepatan dan kebolehgunaan Perkhidmatan Muzik atau Perkhidmatan Muzik berfungsi tanpa sebarang kesilapan atau masalah.
  7. Digi mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menghentikan, mengubah, menggantung atau menggantikan Perkhidmatan Rangkaian dan /atau Perkhidmatan Muzik pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Digi tidak memberikan hak kepada pelanggan untuk apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap Digi (secara tunai atau sebarang jenis) untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh pelanggan secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan pengubahan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
  8. Digi berhak mengikut budi bicara tunggal dan mutlak untuk, pada bila-bila masa, mengubah mana-mana aspek Perkhidmatan Muzik atau mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.
  9. Digi adalah tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak untuk sebarang tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam apa jenis sekali pun yang ditanggung atau dialami secara langsung atau tidak langsung akibat dari penggunaan Perkhidmatan Muzik.
  10. Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, Perkhidmatan Muzik adalah tertakluk kepada kesemua Terma dan Syarat yang terpakai termasuk Polisi Penggunaan Saksama, Kenyataan Privasi dan Obligasi Perlindungan Data yang dinyatakan pada laman web Digi di www.digi.com.my. Setiap pelanggan kepada Perkhidmatan Muzik bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami kesemua terma dan melalui langganan Perkhidmatan Muzik, setiap pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma tersebut.
 

Soalan Sering Ditanya

Music Freedom

Music Freedom
Bagaimana saya boleh dapatkan Digi Music Freedom?
Digi Music Freedom adalah PERCUMA bila anda melanggan pelan terpilih ini: semua variasi Digi Postpaid 68, Digi Postpaid 78, Digi Postpaid 98, Digi Postpaid 148 dan Digi Postpaid 238.
 
Pelanggan-pelanggan pelan Postpaid dan Prepaid (kecuali pelan baru Digi Postpaid 50, Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110) yang lain dapat mencuba Digi Music Freedom Digi Music Freedom PERCUMA selama 120 hari. Untuk mengaktifkan, SMS DMF ke 20000
 
Adakah saya layak untuk langganan Digi Music Freedom?
Anda akan mendapat langganan Digi Music Freedom secara automatic jika anda melanggan pelan terpilih ini:

1) Digi Prepaid LiVE
2) Digi Postpaid 98 dan Digi Postpaid 148
3) Pelanggan-pelanggan yang melanggan pelan variasi Digi Postpaid 68, Digi Postpaid 78 dan Digi Postpaid 238
 
Jika anda menggunakan pelan Postpaid atau Prepaid, anda mesti mempunyai pelan Internet yang aktif untul melanggan Digi Music Freedom.
Bilakan promosi ini berlangsung?
Tempoh promosi percubaan percuma ialah dari 13 Mac 2015 hingga diberitahu kelak.
Adakan saya akan terus menikmati Music Freedom selepas tempoh promosi?
Tempoh percubaan percuma hanya sah di waktu promosi. Caj akan dikenakan selepas tamat tempoh promosi.
 
Pelanggan-pelanggan pelan terpilih akan terus menikmati Music Freedom secara percuma, selagi masih melanggan pelan tersebut.
 
Bolehkah anda menikmati strim muzik dengan Digi Music Freedom dengan pelan Digi Postpaid 50, Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110?
Anda boleh menggunakan applikasi Digi Music Freedom dan strim muzik dengan Spotify, Apple Music dan sebagainya, tetapi ia akan menggunakan quota All Day Internet.
Enter an email address that you use frequently. The address should be in this format: username@youremail.com
Please enter your principal mobile number. Your principal mobile number must be at least 10 characters long. Your principal mobile number must be in this format: 01XXXXXXXXX