Penemuan rangkaian 4G kami.

Periksa dan pastikan peranti & SIM anda serasi dengan rangkaian Digi 4G LTE.

Amat mudah untuk memastikan jikalau peranti & kad SIM anda serasi dengan rangkaian Digi 4G LTE.
  • 4G LTE
  • plus
  • 4G LTE
  • equal
  • blurb 4g
Atau SMS sahaja ke
LTE atau lte ke 20000
Pemberitahuan melalui SMS akan dikirim kepada anda sejurus kami terima penghantaran SMS anda.

Notes

  • Perkhidmatan Digi 4G LTE ialah perkhidmatan berdasarkan kebolehan Teknologi 4G berbanding 3G seperti yang diterangkan oleh Gabungan Telekomunikasi Antarabangsa. Kelajuan sebenar berbeza dan tidak dijamin kelajuannya.
  • Tertakluk pada Terma & Syarat.

Soalan Sering Ditanya

Mengenai 4G LTE

Mengenai 4G LTE
Apakah 4G LTE?
4G ialah "teknologi generasi keempat alat telekomunikasi mudahalih" manakala LTE ialah kata singkatan untuk "Long Term Evolution". Ia adalah tahap piawaian alat komunikasi tanpa wayar bagi data berkelajuan tinggi untuk alatan mudahalih dan terminal data.
Bagaimanakah saya boleh menikmati 4G LTE?
Dimana saya boleh menikmati liputan Digi 4G LTE?
Untuk memastikan semua boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi, kami menjadi salah satu pembekal 4G LTE yang paling cepat berkembang pesat. Rangkaian Digi 4G LTE kini boleh didapati di di seluruh negara bandar utama dan pekan-pekan. Untuk memastikan jika kawasan anda diliputi, sila merujuk kepada peta liputan. Jikalau tiada, liputan kami akan datang.
Bagaimana Digi layak menjadi rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia?
Digi telah mencapati liputan 4G LTE sebanyak 75%, ini bermakna kami telah menyambung lebih rakyat Malaysia dalam internet berkelajuan tinggi, dan kami telah berada di 191 bandar utama dan pekan - pekan dengan pusat pasaran utama menikmati 95% liputan penduduk.
Apakah kebaikan penggunaan 4G LTE?
4G LTE memberikan peningkatan pada kelajuan muat turun dan muat naik serta masa respon lebih pantas pada sistem anda.
Apakah tahap kelajuan 4G LTE?
Pada amnya, 4G LTE adalah 10x lebih laju dar kelajuan rangkaian 3G biasa. Secara teorinya, 4G LTE mampu berada selaju 150Mbps. Pada 80% masa, Digi sentiasa memastikan kelajuan Internet anda berada pada paras konsisten 5Mbps. Akan tetapi, tahap kelajuan bergantung pada faktor-faktor seperti keadaan kekuatan rangkaian, liputan dan alatan yang digunakan.
Adakah 4G LTE mempunyai kelemahan?
Biasanya, akan terdapat peningkatan dalam masa penyediaan panggilan suara - ini adalah isu biasa dalam persekitaran 4G LTE secara langsung.
Apakah jalur/spektrum yang disokong oleh rangkaian Digi 4G LTE?
Rangkaian 4G LTE kami menggunakan jalur 1800Mhz (Band 3) dan 2600Mhz (Band 7).
Bagaimanakah untuk memastikan bahawa saya boleh menikmati ranglkaian Digi 4G LTE?
Hanya SMS ke LTE atau lte ke 20000 untuk mengetahui.
4G LTE-Advanced
Apakah LTE-A?
Ia adalah singkatan untuk LTE-Advanced, langkah seterusnya untuk rangkaian jalur lebar.
Apakah perbezaan antara 4G LTE dan LTE-A?
•   LTE-A menandakan evolusi LTE kepada kadar penggunaan dan kapasiti rangkaian yang lebih tinggi.
•   Satu dari ciri LTE-A ialah Ageregat Pembawa, teknologi yang membolehkan kombinasi jalur lebar dengan membuat alatan yang mampu menggunakan beberapa frekuensi selular pada masa yang sama. Ini akan menggandakan kapasiti dan kadar data dua kali ganda.
Bagaimana untuk tahu perbezaan antara kedua-duanya?
Pelanggan akan merasai perbezaan kelajuan dua kali ganda (2x) berbanding dengan 4G LTE. Misalnya, pengguna yang biasa mendapat kelajuan 20Mbps menggunakan aplikasi Ookla Speedtest akan mendapat menikmati kelajuan 40Mbps kelajuan muat turun dengan 4G LTE-A.
Apakah kelajuan LTE-A Digi?
Secara teori, kelajuannya ialah 150Mbps, dan kami menawarkan pelanggan-pelanggan kami kelajuan ini sebanyak 80% masa.
Adakah kelajuan ini cukup untuk kegunaan perkhidmatan pelanggan masa kini?
Ya. Kami memberi anda lebih dari apa yang anda perlukan untuk perkhidmatan tidak berkelim:
•   Mesej segera: 50Kbps
•   Layar web: 500Kbps-1Mbps
•   Penstriman audio: 500Kbps-1Mbps
•   Pemstriman video: 1-3Mbps
Berapakah kawasan LTE-A dalam rangkaian Digi?
33% dari rangkaian kami ialah LTE-A.
Adakah ini diseluruh negara atau disesetengah kelompok sahaja?
LTE-A terdapat di kawasan-kawasan utama diseluruh negara:
 
 
Bagaimanakah Digi dapat memasang begitu banyak dalam masa yang singkat?
Inilah hasil dari rangka permodenan rangkaian kami yang memastikan rangkaian kami bersedia untuk kemungkinan masa depan.
Kenapakah penting untuk adakan LTE-A sedangkan LTE sudah cukup untuk pelanggan?
Ia memberikan pelanggan lebih kapasiti dan kelajuan untuk memenuhi keperluan Internet mereka, dan untuk persediaaan rangkaian dimasa depan dari Digi.
Apakah keperluan untuk menikmati LTE-A?
Pelanggan harus berada ditempat yang ada liputan LTE-A dan memiliki alatan LTE-A atau Agregat Pembawa.
USIM Kad
Perlukah kad USIM untuk menikmati 4G LTE?
Ya, anda perlu kad USIM untuk menikmati 4G LTE.
Dimanakan boleh saya dapati kad USIM?
Anda boleh mendapatinya di mana-mana kedai Digi Store.
Berapa perlu saya bayar untuk mendapatkan kad USIM?
Anda boleh mendapatinya di mana-mana kedai Digi Store.

Sebab-sebab gantian
Digi Stores
Digi Store Ekspres
• Alatan baru serta Pelan
• Naiktaraf alatan
• Sim rosak
PERCUMA
RM10 (kad SIM mikro dan nano)

Note: SIM rosak dan gantian kad adalah PERCUMA.
• Hilang & Dicuri
• Naiktaraf ke LTE SIM*
RM10
(kad SIM mikro dan nano)
RM10
(kad SIM mikro dan nano)
* Tertakluk pada terma & syarat.
 
Bagaimanakah untuk saya mengetahui yang saya sedang menggunakan kad USIM?
Lihat kad SIM anda dan pastikan ada huruf "U" dibawah logo Digi.
Peranti
Bagaimanakah untuk saya mengetahui yang alatan saya aktif dengan 4G LTE?
Anda akan terlihat simbol "4G" atau "LTE" terpapar sebelah jalur isyarat rangkaian.
Saya sudahpun melanggan pelan 4G LTE, memasukkan USIM kedalam alatan 4G LTE saya dan saya berada dalam kawasan liputan. Akan tetapi saya tidak disambung ke 4G LTE. Apa patut saya lakukan?
Sila lihat kalau anda telah mengaktifkan fungsi 4G LTE di penyediaan rangkaian:

Untuk pengguna iPhone
Pergi ke Settings > Cellular > select Enable LTE
Untuk pengguna Android™
Pergi ke Settings > Connections > More Networks > Mobile Networks >
Network Mode > Select
LTE/WCDMA/GSM (auto connect)

Sila pastikan yang alatan anda sedang menggunakan firmware/OS yang terbaharu.
 
Boleh saya padamkan 4G LTE pada alatan saya?
Ya. Boleh. Sila ikut langkah dalam Soalan Lazim diatas untuk memadamkan 4G LTE.
Lain
Kenapa saya mengalami internet perlahan? Apa patut saya lakukan?
Cuba buat sambungan semula dan lihat jika masalah berulangan. Kalau ia berulang, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Digi 0162211800 untuk maklumat lanjut.
Kenapakah hubungan Internet saya tiba-tiba putus? Apa patut saya lakukan?
Cuba buat sambungan semula atau gunakan fungsi sambungan semula otomatik pada alatan anda.
Kenapa tiada liputan 4G LTE didalam tempat tertutup walaupun diluar ada menunjukkan liputan 4G LTE?
Liputan sebenar masih bergantung pada faktor-faktor halangan seperti bangunan dan permukaan tanah yang mungkin menjejaskan kebolehan liputan.
Kenapa saya tidak menikmati kelajuan 4G LTE seperti yang dijanjikan?
Liputan sebenar masih bergantung pada faktor-faktor halangan seperti bangunan, permukaan tanah dan alatan yang digunakan. Digi menjanjikan pengalaman konsisten internet 80% sepanjang masa.
Saya pernah mengalami 4G LTE dikawasan saya dahulu tapi tidak lagi sekarang. Apa yang terjadi?
Ada beberapa sebab kenapa ini terjadi. Mungkin kerana halangan-halangan rangkaian dan keadaan permukaan tanah yang menyumbang kepada keadaan ini. Sila rujuk semula peta liputan atau kemukakan masalah anda pada talian perkhidmatan pelanggan kami di 016 221 1800.
Enter an email address that you use frequently. The address should be in this format: username@youremail.com
Please enter your principal mobile number. Your principal mobile number must be at least 10 characters long. Your principal mobile number must be in this format: 01XXXXXXXXX